Thursday, October 20, 2011

JIRAN

Tajuk ni buatkan saya mengeluh...Jiran yang dimaksudkan dalam Islam ialah mereka yang tinggal dari sebelah hinggalah 40 buah rumah di kiri, kanan,depan belakang dan sebagainya...tapi sekarang ngan jiran sebelah rumah pun jarang berbual. Balik sekolah sekitar jam 4 petang sampai di rumah..(meskipun waktu boleh balik jam 2.30 ptg)Tapi kadang2 menyinggah beli lauk mentah dan sebagainya..pergi ambik anak lagi.Sekejap rasanya masa berlalu.. Rutin harian saya bila balik ke rumah ialah menyusukan si kecil...sampailah jam 5 petang.Solat dan kalau rasa ok dah,terus masuk dapur.Sambil basuh kain dan jemur kain sekiranya ada yang dah basuh.Biasanya saya akan basuh waktu malam...Jam 6 petang, masa untuk mandikan anak2...Sekejap saja dah nak maghrib...BILA nak pergi ke rumah jiran? Kalau nak pergi,mungkin pada hari minggu,jumaat dan sabtu..atau mungkin saya kena lewatkan waktu memasak dan waktu mandikan anak..tapi tak boleh selalu lah lewat mandi sebab bahaya untuk baby.. Em,sebab tu la bila sesekali pergi ke rumah jiran,kena sound..."ASYIK BERKURUNG DALAM RUMAH AJE??!!" ...hemmm!

Monday, October 10, 2011

Bertukar Wajah

Alhamdulillah saya dah tukar wajah blog ni...sbb rasa dah lama sangat template ni.itu je nak cakap..

Wednesday, September 21, 2011

CERITA LADAP DI MELAKA

Ladap di Ayer Keroh,Melaka...Surat edaran yang saya dapat sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini menyesakkan nafas saya...apa yang ada dalam fikiran ialah baby Sharha yang baru berusia 4 bulan dan menyusu badan.. Seminggu sebelum pergi ke sana... Ada sahabat guru yang ingin membawa anak ke sana..Lantas saya menelefon suami yang masih berada di sekolah.. "Bang,Nak pergi Melaka,dok?" tidak sabar saya inginkan jawapan.Manatau suami boleh pergi sama.At least Sharha dapat menyusu badan sepenuhnya di sana.Tak perlulah saya risau bila terpaksa ditinggalkan kepada ibu mertua.Sementelah Sharha tidak biasa ditinggalkan bersama mertua.Menyusu botol pun tidak mahu..Alahai anakku... 'Nantilah abang fikirkan...'gitu pulak jawapannya.Suami saya menjadi pengawas peperiksaan UPSR. Namun kita hanya mampu merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang.2 hari sebelum kami bertolak,Nuha diserang chicken pork...Sekali lagi kebimbangan menyapa hati saya..Macam mana nak bawa ke Melaka kalau gini? Hasil perbincangan kami suami isteri pada malam Rabu ialah TIADA JAWAPAN! Samada semua pergi atau hanya saya yang pergi. "Tryla minta kebenaran pihak atas supaya dapat dikecualikan daripada pergi ke sana.."ujar suami.Kami buntu. Pagi esoknya,Khamis pagi-pagi lagi saya mengadap Cikgu Zulkeflee,Penolong Kanan 1 sebab Pengetua tiada di sekolah.Cikgu Zul menyarankan agar saya berjumpa dengan Cikgu Asmal,Kaunselor kerana kaunselor yang menguruskan.Namun amat mendukacitakan menurut cikgu Asmal,pengetua tidak mengizinkan saya tidak pergi...Apa boleh buat :( Berita itu saya sampaikan kepada suami...dia mencadangkan agar saya meminta pengasuh Sharha menjaganya semasa ketiadaan saya nanti sementara suami mengambil tugas menjaga Amir n Nuha yang kena chicken pork..Alhamdulillah Allah mudahkan urusan,K.Zah setuju menjaga Sharha. Hari Khamis itu setelah balik sekolah,barulah saya packing barang...Petang itu kami dijadualkan bertolak jam 2.30 petang. ACI DOK BAWA SHARHA KE SEKOLAH HANTAR UMMI?...Sms saya kepada suami..Sayu mengenangkan inilah kali pertama saya berjauhan dengan Sharha sejak kelahirannya ke dunia. Di sekolah sementara menunggu bas JPNT datang,saya masih sempat menyusukan Sharha.Namun dia masih kenyang lagi kerana baru sudah menyusu di rumah pengasuh...Bila saya bercakap dengan dia,asyik dipandang muka saya...oh anakku... DI MELAKA Alhamdulillah ada freezer di bilik Hotel Abadi.Bolehlah saya memerah susu nanti.Kalau tak perah boleh bengkak n demam dibuatnya...alhamdulillah setiap kali usai slot ceramah,saya bergegas ke bilik untuk memerah susu..Selepas habis slot,saya bersama sahabat,Asma dan K.Atie menjelajah kawasan dan pasaraya sekitar Dataran Pahlawan untuk mencari cooler bag untuk bawa susu pulang ke Terengganu dengan selamat.Namun hasilnya zero...saya hampa.Tiada kedai yang jual cooler bag di kawasan ini... Sedang berjalan-jalan,akhirnya saya melihat bunting ada ekspo mami n baby di MITC.Namun jam sudah menunjukkan angka 6 petang.Slot kami seterusnya jam 8..Nak pergi MITC rasa tak sempat.Kami perlu makan sebelum slot.Longlai kaki saya melangkah balik ke hotel...sedih..esok kami akan pulang ke Terengganu...icepack perlu disejukkan selama 8jam... Dalam kebuntuan,akhirnya saya mencapai telefon.Sahabat saya Faza Ali Hassan yang sekelas semasa di KISAS dan kami sama-sama ke Universiti Malaya.Alhamdulillah Faza akan membawa saya ke MITC.Namun masalah lain timbul..slot pada malam itu akan di buat di Hotel lain yang saya tidak tahu namanya..Janji saya dengan Faza,saya akan beritahu nama hotel bila sudah sampai ke sana. Pertengahan slot,saya keluar.Masa makin suntuk.Nak keluar awal-awal atau ponteng terus slot,saya tidak berani...Namun apakan daya...sampai di MITC tepat-tepat jam 10 malam..booth SARAKIDS memang sudah tutup..Ingatkan kalau baru nak kemas-kemas mungkin sempat kot...Tidak dapat digambarkan betapa kecewanya saya!Hilang separuh semangat saya.. Namun sahabat saya Faza mencadangkan agar kami ke Jusco...masa masih ada 15 minit sebelum Jusco dtutup.Alhamdulillah masih ada rezeki Sharha dan susu perahan tidak akan dibuang begitu sahaja...Tidak tega hati saya melihat susu perahan dibuang...SIMPLE DIMPLE COOLER BAG yang berharha RM 29.90 yang tidak berjenama dijual di situ..Tidak apalah..Sekurang-kurangnya saya boleh tidur lena malam itu..Bila saya tanya jurujual,tahan tak kalau susu nak wat balik ke Terengganu?Jawapan yang diberikan agak mengecewakan sebab perjalanan mengambil masa yang lama.Lantas sepatutnya 2 icepack diletakkan dalam cooler bag tersebut,saya beli sebanyak 4 icepack yang berharga RM 11.90 setiap satu. Bila difikirkan perjalanan yang jauh memungkinkan susu boleh rosak,saya dipagut kerisauan...masihkah ada rezeki susu ini buat anak saya?Alhamdulillah k.Rohana menawarkan bantuan ingin membawa susu menaiki flight...K.Ana naik Flight menemani K.Zaharah yang sakit dan tidak boleh naik bas dalam masa yang lama... Alhamdulillah...kata pengasuh anak saya,susu tersebut masih elok...masih ada rezeki anak saya..(panjang plak entri kali ini)...err macam xkena ngan tajuk je..bukan nak cerita apa yang saya dapat dalam slot2 di Ladap..sori..hehehe

Wednesday, September 14, 2011

Selamat Hari Lahir,Abang!

‘Ummi,hari ni besday Amir,kan?’ujar suami kesayanganku…Saya sedikit tersentak..baru teringat anak sulung saya,Muhammad Amir Aqil yang lahir 4 tahun lepas.Maafkan ummimu ini,nak…sering terlupa. Amir pada usia 4 tahun sudah menjadi abang kepada 2 orang adik,Nuha dan Sharha. Usia ini ada sesetengah orang masih bergelar anak manja dan tidak mempunyai adik lagi.Namun walaupun sudah bergelar abang,Amir masih sangat-sangat manja berbanding si kakak(gelaran untuk Nuha) meskipun Nuha anak ke 2.Mungkin dimanjai oleh tok n tokki setiap hari menjadikan Amir tetap manja di rumah.Yelah waktu kami keluar kerja,Amir kami letak di rumah tok di Kg.Merbau Patah. Manakala Nuha dan Sharha di Kg.Pulau Rusa dibawah asuhan K.Zah(Pengasuh Amir yang dulu) Pada hari lahirnya Amir tetap dimarahi sebab menyakat kakak.Maaf nak,ummi n walid bukan saja-saja nak marah tapi terpaksa marah bila Amir menyakiti kakak. PAda tarikh ini juga Amir batuk n selsema.Amir muntah semasa semua orang tengah makan malam.Amir,sejak menjadi ibu,ummi sudah tidak rasa loya lagi bila ada orang muntah di sebelah pinggan nasi ummi..Asal jgn dalam pinggan nasi udahla…Amir kerap muntah sejak kecil lagi…Asal demam,batuk dan kadang-kadang kalau terlalu asyik melompat sana sini,Amir boleh muntah. Pengalaman mengandungkan Amir maih segar diingatan ummi..Ummi sebenarnya tidak sedar yang ummi mengandung…huhuhu…tau-tau ummi tidak datang bulan.Tetapi bila ummi check air kencing,masih negative keputusannya..Ummi ke klinik bersama walid untuk scan,pun xdapat detect…Ummi pasrah. Namun begitu satu pagi ummi muntah-muntah selepas sarapan pagi dan langsung tak boleh nak makan.Ummi n walid masih tertanya-tanya betul ke ummi hamil?Semua ujian mengandung dah dibuat tetapi negative.Nakal ye anak ummi nak main sembunyi-sembunyi :) Untuk pengetahuan Amir,masa tu ummi masih mengajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan. Walid pula bekerja di Terengganu.Ummi tinggal di asrama dan sebagai calon warden. Suatu hari bila berada di sekolah ummi melihat tompokan darah.Pn. Wan Zahidah yang merangkap ketua bidang di situ memaksa ummi ke klinik untuk check.Kalau ikutkan ummi memang malas nak g klinik :) .Hasil pemeriksaan mendapati sebenarnya ummi dah mengandung 3 bulan..Tak tau nak kata apa.Dalam gembira ada kerunsingan.Doktor memberi cuti sakit untuk ummi berehat selama seminggu..hemm berehat di asrama seminggu..boring yang teramat! Selepas itu bermula lah musim alahan ummi.Ya Allah tak terucap dek kata-kata betapa peritnya ALAHAN.Nak makan pun tak boleh..dahla masuk sikit,keluar yang banyak.Nak ke kantin,ummi muntah dulu di tepi koridor..Tiada langsung nikmat makan. Suatu hari usai solat Maghrib,Ummi terasa basah di bawah.Allahuakbar kain sembahyang ummi dipenuhi darah…Di dalam hati ummi rasa takut sangat…masihkah ada rezeki?Perkataan KEGUGURAN terbayang di ruang mata…dalam cemas ummi minta housemate hantar ke HTAA..dalam kereta ummi telefon walid mengkhabarkan. Anakku,sekiranya nanti coretan ummi ini Amir baca,ucapkanlah syukur kepada Ilahi kerana kandungan ummi selamat.Kandungan yang sekarang ini bergelar Muhammad Amir Aqil…Ummi Cuma mengalami uri bawah..Setelah beberapa hari di Hospital,Ummi dibenarkan pulang. Amir,semasa Amir dalam kandungan, ummi selalu runsing.Takut hendak ke mana-mana.Takut untuk berbuat apa-apa. Alhamdulillah berkat doa dan usaha ummi n walid berjumpa bidan dan Pak Yab tolong ambilkan 'air tawar' dengan Tok Guru Nik Aziz,uri ummi berada di kedudukan normal.Ummi boleh bersalin normal.Alhamdulillah,alhamdulillah... Alhamdulillah akhirnya Amir selamat dilahirkan pada 5 September 2007 setelah overdue 10 hari.Ummi terpaksa menyerah diri ke Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana tiada tanda-tanda melahirkan.Alhamdulillah rasa sakit bersalin tu datang semasa ummi di hospital.Selamat ummi dari diindius.Sakit yang sekejap bagi ummi.Pukul 6 pm ummi kontraksi kuat dan alhamdulillah pukul 8.08 pm ummi bersalin ditemani walid..Alhamdulillah… Semoga Amir menjadi anak yang soleh dan boleh menjadi contoh kepada adik2..

Friday, June 10, 2011

Ahlan Wasahlan Sharha Shauqina

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdllh kerana Allah masih panjangkan umur saya hingga ke hari ini n dapat menulis blog yang dah semakin sepi ini..hehehe...
Alhamdllh,Sharha selamat dilahirkan di dunia ini tepat jam 1.03petang Isnin 9 Mei 2011.Detik perjalanan Sharha ke dunia ini alhmdllh mudah macam kelahiran kakaknya Nuha Qistina 2 tahun lepas.
Tepat jam 11.30 pg,saya mula merasa kontraksi tapi masih was-was.Padahal esoknya 10 Mei adalah due saya.Abang n kakak Sharha semua overdue.Kebetulan sekolah saya cuti peristiwa sempena menjadi tuan rumah Hoki Kebangsaan.Jam 11.40 pg saya mengambil keputusan untuk menelefon suami di sekolahnya supaya pulang ke rumah..apahal pun try g check dulu.Jam 12 lebih kami tiba di Pusat Perubatan Intan(kali ni saya merancang untuk bersalin d klinik swasta).Doktor yang memeriksa mengkhabarkan bahawa jalan dah buka 9cm dan dah nak bersalin..Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memakbulkan doa saya agar tidak sakit lama untuk bersalin.
Setelah menyalin pakaian,saya diarahkan masuk ke labour room dan 12.30tgh air ketuban saya dipecahkan.Alhamdllh setelah beberapa kali cubaan meneran(sebenarnya saya dah lupa cara meneran:))tepat jam 1.03 ptg Sharha selamat dilahirkan.Terima kasih buat suami tercinta kerana menemani di labour room..

Tuesday, March 8, 2011

Buah Hati Ke-3

Alhamdulillah syukur pada Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka dapatlah saya meneruskan kehidupan di dunia ini dengan baik sekali...
Alhamdulillah juga kerana Allah mengizinkan lagi rahim ini dihuni oleh zuriat kami yang ke-3.Hampir mencecah bulan ke-8.Sekejap je masa berlalu.Dengan kesibukan kerja,pejam celik dah masuk trimester ke-3.Pengalaman mengandungkan anak ke-3 rasanya sangat penat...teringat Firman Allah dalam surah Luqman"HAMALATHU UMMUHU WAHNAN 'ALA WAHNIN"...Memang terasa lemah dan cepat penat.Balik dari sekolah terus melepek kat umah...xdok dah singgah2 shopping.:) Mungkin faktor peningkatan usia...dan melayan putera puteri yang semakin lasak...
Namun begitu,demi suami tercinta dan plan kami untuk mendapat anak selang 2 tahun menguatkan semangat saya...Biarlah...susah dulu senang kemudian.Nanti mereka membesar bersama.Pakaian pun aci bleh guna...second hand pun xdok masalah..
Harapan saya moga anak dalam kandungan ini mudah dilahirkan dan tidak banyak masalah..Semoga dia menjadi anak yang soleh/solehah(sampai skrg xtau lagi jantina coz masa scan dia kepit paha:)...)xkisahlah lelaki ke perempuan asal baby selamat n sihat walafiat...

Tuesday, December 21, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya berbulan-bulan saya tidak update blog ni...sesuai dengan entri yang terakhir 'blog yang berhabuk'.hehehe...
Cuti sekolah ni saya tinggal di rumah mertua kerana emak mertua pergi menunaikan haji meninggalkan ayah mertua di rumah.Ada alasan tertentu yang menyebabkan ayah mertua tidak dapat pergi lagi kali ini.Apapun saya doakan ayah sempat menunaikan haji sebelum dipanggil menemui Pencipta...

Berada di rumah mertua tiada internet..Pulang ke rumah sewa hanya sekejap-sekejap sahaja sekadar mengambil barang atau pakaian.Rutin harian saya sama sahaja setiap hari..menguruskan anak2,memasak dan jika ada kesempatan saya membaca buku.

Tanggal 15 Dec 2010,alhamdulillah ibu mertua selamat sampai ke bumi Kuala Terengganu ini...Alhamdulillah saya dan keluarga berkesempatan pulang ke Besut.Yelah,mak saya selalu merungut,saya kalau pulang ke Besut hanya semalam dua sahaja..mak sayapun sedang sakit.Luka di pahanya akibat ketulan yang dibuang menyebabkan mak sukar berjalan dan menguruskan rumahtangga.Apa boleh buat,tempat seorang isteri di sisi suami...

Jam sudah menunjukkan 1.30 pagi..Buka internetpun selepas anak2 tidur...saya tidak suka diganggu semasa membuat kerja...(sekarang tengah upload minit mesyuarat)